Thursday, December 21, 2017

RESEPI IKAN HARUAN MASAK STIM

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.

RESEPI IKAN HARUAN MASAK STIM 

BAHAN BAHAN STIM
2 inci Halia
5 Biji cili padi - Hiris
cendawan bulat ikut suka
1 batang serai - di ketuk
1 sudu kecil lada putih

SOS IKAN
6 biji bawang putih (potong cincang)
5 sudu sos tiram

PROSES MASAK
Sediakan dulu pengukus lagi elok panaskan dulu....ikan haruan yang telah siap di basuh tadi lumurkan dgn garam dan aklau ada limau nipis lagi elok.

Susun ikan haruan tu dalam bekas yg sesuai dan bubuh sedikit shj air. taburkan halia + cili + serai dan lada sulah. kukus ikan haruan  dalam 40 minit dgn api sederhana..bila dah 30 minit buka pengukus dan taburkan cendawan bulat tadi dan tutup semula pengukus

PENYEDIAAN SOS

Panskan minyak dgn kuantiti yg sedikit, masukan bawang putih kacau sampai  warna keemasan.

kemudian tuangkan sos tiram tadi...kacau dgn api yg kecil..jgnla kecik sgt nanti lambat pulak nak masaknyer nanti. 

ambik 1 sudu dan siram sedikit dekat atas ikan stim yg dah siap

No comments:

Post a Comment