Monday, December 18, 2017

RESEPI UDANG GALAH MASAK TELUR MASIN

UDANG GALAH
Terdapat  lebih  daripada 100 spesis udang  air  tawar dari Genus Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh dijumpai  secara asli di  perairan  yang mempunyai hubungan  dengan  laut seperti sungai dan  juga di kawasan muara  sungai. Ia tidak terdapat di perairan yang  terkepung seperti tasik, lombong dan paya tetapi beberapa spesis  lain seperti  udang  gantung boleh dijumpai di  perairan  seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan  kawasan  air payau  untuk pembiakkan   seperti  Udang Galah tetapi  ada   sebahagian daripadanya seperti udang gantung yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang  jernih dan ada juga yang suka mendiami kawasan berair keruh seperti Udang Galah.

RESEPI UDANG GALAH MASAK TELUR MASIN


BAHAN BAHAN
400 gm udang Galah
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
3 sudu besar butter
3 biji bwg putih - di cincang
9 - 10 bj cili padi -  dihiris serong
2 tangkai daun kari
1 biji telur masin + 1 bj kuning telur -  direbus hingga masak
1 sudu kecil gula
5 sudu besar susu segar

PROSES PENYEDIAAN
Asingkan telur masin dari kulit dan hancurkan. Ketepikan. Udang dibersihkan dan digaul dgn garam dan serbuk kunyit.

Goreng sekejap sehingga udang berubah warna. Angkat dan ketepikan (buangkan semua lebihan minyak) Panaskan butter dlm kuali kemudian tumis bawang putih, cili padi dan daun kari.

Panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi hingga wangi dan masukkan telur masin yg dihancurkan tadi. Kemudian masukkan susu segar dan gula.

Kacau rata dan masukkan udang. Kacau lagi. Masak seketika, kemudian bolehlah dihidangkan.



No comments:

Post a Comment