Wednesday, December 20, 2017

RESEPI SOTONG MASAK LEMAK PADANG

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN BAHAN
  • 500gm kg sotong - cuci bersih dan potong
  • 2 biji bawang besar - belah 4
  • 2 biji tomato - belah 4
  • 2 batang serai - di titik
  • 3 biji ubi kentang - belah 4
  • minyak untuk menumis
  • santan secukupnya
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa

BAHAN KISAR
  • 5 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 inc kunyit hidup
  • 2 inc halia
  • 5 tangkai cili merah

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
  • Kemudian masukkan bawang besar, serai, ubi kentang, tomato, sotong santan dan air. Kacau biar sebati. Kemudian renihkan dan sesekali di kacau supaya santan tidak pecah minyak
  • Perasan dengan garam. Sedia di hidangkan


No comments:

Post a Comment