Thursday, December 21, 2017

RESEPI TELUR IKAN GORENG KUNYIT

Telur ikan ialah telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut. Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut, seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang digunakan untuk menghasilkan kaviar.
 RESEPI TELUR IKAN GORENG KUNYIT
BAHAN BAHAN
300gm telur ikan ~ bersihkan dan toskan
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
1 labu bawang besar ~ dihiris bulat
2 ulas bawang putih ~ dihiris nipis
2 biji cili merah/hijau ~ dipotong serong
2 tangkai daun kari
1/2 sudu besar serbuk cili kasar

PROSES MASAK
Gaul telur dgn garam dan serbuk kunyit.


Panaskan sedikit minyak dan goreng telur ikan hingga masak/garing. Masukkan kesemua bahan bahan lain dan goreng sekejap.Angkat dan hidangkan dgn nasi panas.

No comments:

Post a Comment