Tuesday, December 19, 2017

RESEPI SOTONG MASAK SAMBAL

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK SAMBAL

BAHAN BAHAN
400 gram sotong
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN UNTUK CILI KISAR:
15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris nipis
1 inci halia
1 biji bawang besar

PROSES MASAK
Gaulkan sotong dengan kunyit dan garam Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.

Jika ada lebihan minyak tuangkan di dalam bekas. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.

Kemudian perahkan limau nipis dan masukkan sedikit serbuk pati ikan bilis Maggi secukupnya. Masukkan pula sotong yang telah digoreng dan juga bawang besar. Gaulkan seketika sehingga sotong masak sepenuhnya.

Akhir sekali tutup api dan sedia dihidangkan.

No comments:

Post a Comment