Belut
(Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang
tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan
400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa
Belut tinggal di
dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan
air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m
bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.
RESEPI BELUT MASAK RICA RICA
BAHAN
BAHAN
500 gram belut
1 biji limau nipis
(ambil airnya)
1 sk garam
BAHAN SAMBAL
2 helai daun limau
purut
1 biji buah tomato
1/2 sk garam
1/2 sk lada putih
1/2 sk gula pasir
2 batang daun
bawang, potong tipis
Sedikit air
minyak goreng
secukupnya (untuk menumis)
BAHAN KISAR
5 buah bawang merah
3 siung bawang
putih
2 buah Cili Meran
Besar
6 biji cili padi
1 cm kunyit
2 cm Halia
1 batang serai,
memarkan
PROSES MASAK
Bersihkan belut
buang kepaladan ekor dan nisi perut. lumuri dengan air limau nipis dan juga
garam. Biarkan seketika.
Setelah itu panaskan minyak masak, kemudian tumis
bahan sambal , lalu tambahkan daun limau purut hingga naik bauh dan pecah
minyak. Masukan ikan belut gaul rata.
Masukan bahan kisar, garam, Lada putih serta gula
pasir, gaul hingga rata, kemudian letakkan sedikit air dan gaul sekali lagi.
Masukan buah tomato yang telah dipotong kecil . Angkat
dan siap disajikan.
No comments:
Post a Comment