Thursday, December 21, 2017

RESEPI TELUR IKAN GORENG BEREMPAH

Telur ikan ialah telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut. Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut, seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang digunakan untuk menghasilkan kaviar.

RESEPI TELUR IKAN GORENG BEREMPAH
BAHAN BAHAN
300gm telur ikan
1 sudu air limau nipis
1 sb serbuk kari
1 sb cili mesin
1 sk serbuk kunyit
1/2 sk garam halus
sedikit air
sedikit daun kari (optional)
minyak utk menggoreng


PROSES MASAK
Masukkan kesemua bahan kecuali telur ikan dan minyak ke dalam sebuah bekas dan gaul sebati hingga menjadi pes.

Masukkan telur ikan dan gaul hingga sebati dan perap lebih kurang 1/2 jam. Panaskan minyak dan goreng lah telur ikan (termasuk daun kari) hingga masak.

No comments:

Post a Comment