Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK MERAH

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.


Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK MERAH 

BAHAN BAHAN
2 ekor ikan bawal saiz sederhana
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar - ikut suka hati jika mahu pedas
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula

PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan terlebih dahulu. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.


Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.

Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan. Sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment