Monday, December 18, 2017

RESEPI SOTONG PERCIK SUMBAT

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG PERCIK SUMBAT


BAHAN BAHAN
500gm kg sotong
1 biji lobak merah
2 biji kentang ~ saiz besar
2 batang serai
2 keping asam
1 keping gula melaka
3 s/b gula putih 
1 cawan santan pekat
sedikit minyak untuk menumis
sedikit garam

BAHAN KISAR
30 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit     

PROSES MASAK
Rebus kentang sampai lembut dan selepas tu di lenyek. lobak merah didadu dan di gaul bersama. Sumbat dalam sotong dan ketepikan.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga wangi.masukkan santan, serai, asam keping, gula merah, gula putih, garam dan kacau sebati dan masak sampai kuah agak agak pekat.


Kemudian masukkan sotong dan kacau sebati dan masak sampai sotong masak.siap.boleh diangkat

No comments:

Post a Comment