Monday, December 18, 2017

RESEPI SOTONG MASAK MERAH

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK MERAH

BAHAN BAHAN
400 gram sotong (dipotong kecil)
3 sudu besar cili kisar
2 ulas bwg putih (ditumbuk)
1/2 labu bawang merah (ditumbuk)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
Minyak masak secukupnya untuk menumis
Garam secukup rasa

PROSES MASAK
Panaskan minyak di dalam kuali. Kemudian tumis bawang merah dan bawang putih yang telah dikisar sehingga naik bau wangi. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga berubah warna merah pekat.

Masukkan sotong, sedikit air dan kacau sehingga rata.Tutup kuali dan biar sotong sehingga empuk. Masukkan bawang besar yang dihiris ke dalam kuali. Masukkan air sedikit lagi kalau nak berkuah.


Tutup kuali seketika sahaja. Siap untuk dihidang dan dimakan bersama nasi.

No comments:

Post a Comment