Thursday, December 21, 2017

RESEPI GULAI IKAN HARUAN

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.

RESEPI GULAI IKAN HARUAN

BAHAN BAHAN
4 ekor ikan haruan- potong dua
1 ikat daun kesum
1 sudu kecil garam
2 keping asam gelugor

BAHAN KISAR
4 biji bawang merah
2 biji bwang putih
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
3 biji cili kering
1 liter air
1 kotak santan

PROSES MASAK
Siang dan bersihkan ikan dahulu sebab ikan haruan ni agak hanyir.Lumur dengan garam atau jus limau nipis untuk buang lendir dan hanyir ikan.

Masukkan semua bahan kisar ke dalam periuk.  Masukkan garam dan asam keping.


Bila mendidih masukkan ikan dan daun kesum.Sesuaikan rasa. Sedia untuk dihidang dengan nasi panas

No comments:

Post a Comment