Belut
(Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang
tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan
400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa
Belut tinggal di
dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan
air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m
bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.
RESEPI BELUT MASAK SUP
BAHAN BAHAN
1/2 kg belut
(potong kecil dan bersihkan bersama asam limau)
5 ulas bawang merah
(hiris)
2 ulas bawang putih
(hiris)
3 inci halia
(hiris)
lada hitam dan lada
putih tumbuk (ikut citarasa)
3 batang akar
ketumbar (ketuk)
2 sup bunjut
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga
lawang
7 kuntum cengkih
air secukupnya
untuk kuah
daun sup, daun
bawang,
jus limau
3 tangkai cili api
(ketuk)
1 biji tomato (hiris)
garam dan perasa
secukupnya
sedikit minyak
untuk menumis
PROSES MASAK
Panaskan minyak dan
tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan hiris sehingga
wangi.
Tambahkan
secukupnya air dan sup bunjut. Setelah mendidih, masukkan belut dan bahan-bahan
lain. Rasa asam garamnya. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment