Thursday, December 21, 2017

RESEPI IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM

Ikan Haruan ialah sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).

Terdapat 30 spesies ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu keluarga tetapi berlainan spesies.

Ikan Haruan dewasa menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.

RESEPI IKAN HARUAN MASAK LADA HITAM
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan haruan(dipotong dua)
1 biji bawang besar(dihiris nipis)
2 ulas bawang putih (diketuk)
3 cm halia(dihiris nipis)
1 sudu besar lada hitam (ditumbuk kasar)
garam secukupnya
air untuk memasak

PROSES MASAK
Masukkan air kedalam periuk dan campurkan bawang besar, bawang putih, halia dan lada hitam. Biarkan seketika sehingga mendidih.

Selepas itu, masukkan ikan haruan dan biarkan ia mendidih lagi.


Masukkan pula garam secukup rasa, asam keping dan lada hitam yang sudah ditumbuk. Biarkan seketika. Apabila masak, ia sedia untuk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment