Thursday, December 21, 2017

RESEPI KUIH SERI MUKA GULA MERAH

Kuih Seri Muka adalah sejenis kuih talam tradisi Malaysia. Kuih Seri Muka biasanya dibuat di dalam talam yang besar yang berbentuk bulat ataupun segiempat sama atau segiempat tepat. Selepas kuih telah masak, barulah ia dipotong menurut saiz hidangan dalam bentuk yang dikehendaki.

Kuih Seri Muka biasanya dihasilkan dalam dua lapisan dan secara tradisi berwarna hijau (lapisan atas) dan putih (lapisan bawah). Ini kerana pada masa dahulu, daun pandan digunakan sebagai pewarna dan lebih mudah didapati. Pada masa kini terdapat beberapa warna makanan yang digunakan bagi menarik minat pembeli.

Lapisan bawah kuih Seri Muka ini diperbuat dari pulut, manakala lapisan atasnya berasaskan telur dan santan kelapa serta pewarna pandan.

RESEPI KUIH SERI MUKA GULA MERAH
BAHAN BAHAN
1 cawan beras pulut
1 1/4 cawan santan cair
1/2 tsp garam

PROSES PENYEDIAAN
Basuh beras pulut dan toskan.Masukkan beras pulut ke dalam loyang bersama dengan santan cair dan juga garam Kukus sehingga masak
Setelah masak, sapu sedikit minyak pada loyang segi empat 7 x 7 inci dan lapikkan dengan sehelai plastic dan Masukkan pulut tadi ke dalam loyang dan tekan2 biar padat dan rata

BAHAN-BAHAN LAPISAN ATAS
200 gm gula melaka ( potong kecil-kecil ) 1/2 cawan air
1 cawan santan pekat
2 biji telur
1 tbsp tepung jagung
1/4 cawan tepung gandum sudu besar lagi
1/2 tsp garam

PROSES PENYEDIAAN
Masak gula melaka bersama 1/2 cawan air hingga gula larut.

Di dalam sebuah mangkuk, campurkan semua bahan-bahan lain dan kemudian tapis masuk larutan gula melaka/merah tadi. Kacau sebati hingga tiada ketulan.

Masakkan adunan di atas api hingga naik wap. Tuang adunan ke atas lapisan pulut di dalam tadi dan kukus selama 10 minit - 15 minit atau sehingga masak


Sejukkan kuih dan potong dengan pisau plastik untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment