Thursday, December 21, 2017

RESEPI TELUR IKAN MASAK GORENG BERLADA

Telur ikan ialah telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut. Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut, seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang digunakan untuk menghasilkan kaviar.

RESEPI TELUR IKAN MASAK GORENG BERLADA
BAHAN BAHAN
6  keping telur ikan Tenggiri /ikan tuna/ lain2 ikan
1 camca teh serbuk kunyit
2 biji limau kasturi, perah jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air panas

BAHAN KISAR
5 biji cili merah
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3 biji buah keras, hiris
15 Biji Cili Padi

PROSES MASAK
Telur ikan dicuci bersih, kemudian potong kecil. Gaul dengan sedikit garam dan serbuk kunyit hingga rata. Panaskan minyak dan goreng hingga telur ikan masak. Tak perlu sampai garing. Angkat, tos dan ketepikan.

Panaskan minyak masak. Tumis bahan bahan kisar  hingga wangi dan garing. Masak dengan api kecil dan kacau sentiasa. telur ikan yang telah digoreng tadi. Kacau rata.


Tuang sedikit air,  perasakan dengan garam dan gula secukupnya Masak hingga kering dan akhir sekali masukkan jus limau kasturi. Kacau rata dan masak sekejap. 

No comments:

Post a Comment