Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK MERAH

IKAN TENGGIRI
Di Malaysia ikan tenggiri merupakan salah satu hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran. Bagi pemancing pula, ikan tenggiri merupakan salah satu sasaran wajib ketika memancing di laut. Ini kerana ikan tenggiri mampu memberi perlawanan hebat kepada pemancing. Ikan yang di gelar torpedo laut ini banyak terdapat di perairan kita. Lambakan ikan kembung, sardin, bilis, selar dan sotong di perairan negara kita menyebabkan ikan ini banyak terdapat di negara kita.

sebenarnya terdapat pelbagai spesis dan terdapat diseluruh dunia. Rupanya dan saiznya hampir sama dan amat sukar dibezakan. Di Malaysia, ikan tenggiri yang mendiami perairan laut kita ialah dari jenis Indo-Pacific king mackerel (Scomberomorus cavalla). Ikan tenggiri ialah spesis ikan yang bermigrasi setiap tahun. Kumpulan ikan ini akan bermigrasi beribu-ribu kilometer sehingga lautan Atlantic, Gulf Mexico, South China Sea, Andaman Sea, lautan Pacific semata-mata untuk mencari kumpulan ikan sebagai sumber makanannya.

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK MERAH 

BAHAN BAHAN
300gm isi Ikan Tenggiri 
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar - ikut suka hati jika mahu pedas
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula

PROSES PENYEDIAAN
Goreng ikan terlebih dahulu. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.


Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.

Masukkan ikan yang telah digoreng dan kacau dan angkat. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan. Sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment