UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK LEMAK PUCUK PAKU
BAHAN BAHAN
300gm udang galah dibersihkan ,dibasuh dan
ditoskan
10 Biji Cili Api
2 inci kunyit hidup
2 keping asam keping
Sedikit garam
Santan dari sebiji kelapa
Sedikit pucuk paku yang telah dibersihkan
PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk kunyit hidup dengan cili api bersama
sedikit garam sehingga lumat. Masukan bahan tumbuk kedalam periuk.
Masukan udang,pucuk paku sedikit garam dan asam
keping kedalam periuk. Gaul rata dan Tuangkan santan kedalam periuk. Kacau
rata.
Masak
diatas api yg sederhana.Kacau selalu supaya santan tak pecah minyak. Biar
kuah memekat dan kacau selalu. Perasakan dgn garam.Kacau lagi.Biar gulai
mereneh seketika.Bila kuah dah
memekat...padam api.
No comments:
Post a Comment