UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK KARI
BAHAN BAHAN
400gm Udang Galah
1 paket kecil rempah kari
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
Sedikit halba campur
1 tangkai daun kari
Sedikit serbuk cili/cili kisar – jika suka pedas
Air asam jawa
1 kotak santan kotak – agak cair
Kacang bendi
Tomato buah
Cili hijau – belah 2
PROSES MASAK
Panaskan minyak yang banyak dan tumis bawang bawang dan halba campur serta daun kari. Masukkan rempah kari yang dibancuh dengan cili serbuk/cili boh dan sedikit air.
Tumis sehingga rempah garing. Masukkan santan dan air asam jawa. Bila mendidih, masukkan Udang Galah . Kemudian masukkan bendi, tomato dan cili hijau.
Biarkan mendidih seketika kemudian dikecilkan api sehingga ianya pecah minyak. Masukkan garam dan serbuk perasa. Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment