SOTONG
Sotong ialah
sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300
spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel
yang biasanya lebih panjang.
RESEPI SOTONG MASAK HALIA
BAHAN BAHAN
400 gram sotong - Potong bulat
1 ulas bawang
bawang putih – hiris/tumbuk halus
3 ulas bawang
merah– hiris/tumbuk halus
1 cm halia – hiris
halus
1 cm kunyit hidup –
tumbuk halus (boleh juga guna 1 sudu teh serbuk kunyit)
½ sudu teh jintan
putih
1 tangkai cili
merah - hiris
1 tangkai cili
hijau - hiris
1 tangkai daun
sup/bawang - hiris kasar
½ cawan air
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
(jika suka)
Minyak masak untuk
menumis
PROSES MASAK
Gaul sotong dengan garam dan kunyit hingga mesra. Panaskan
minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.
Masukkan sotong dan biarkan sehingga masak. Gaul
sekali sekala. Masukkan air , kacau dan biarkan sehingga mendidih. Tutup api.
Sedia untuk dihidangkan.
No comments:
Post a Comment