Wednesday, December 20, 2017

RESEPI SOTONG MASAK SOS TIRAM

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK SOS TIRAM

BAHAN BAHAN
6 ekor sotong bersaiz sederhana
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
2 ulas bawang putih, dihiris
5 biji cili padi merah, diketuk
5 biji cili padi hijau, diketuk
1 camca besar sos tiram
1 camca teh tepung jagung
1/2 camca teh serbuk kunyit Sos ikan secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Sotong diasingkan kepalanya, bersihkan dan hiris bulat badan sotong dan kepalanya dibuang segala kekotoran, cuci dan toskan. Gaul dengan serbuk kunyit dan tepung jagung hingga rata. Ketepikan sebentar.

Panaskan minyak dalam kuali (anggaran 2 camca besar), tumis bawang putih hingga harum, masukkan sos tiram dan kacau rata. Masukkan sotong, gaul dan masak hingga sotong berubah warna. Tambah bawang besar, cili padi merah, cili padi hijau dan kacau hingga rata.


Masukkan sos ikan secukup rasa, kurang lebih 1 camca besar. Kacau dan masak sekejap. Rasa dan jika ok boleh matikan api.

No comments:

Post a Comment