Wednesday, December 20, 2017

RESEPI UDANG LIPAN MASAK SOS

Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

RESEPI UDANG LIPAN MASAK SOS
BAHAN BAHAN
500gm Udang Lipan  saiz sederhana besar
5 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 sudu besar cili kisar
3 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
garam dan gula secukup rasa

PROSES PENYEDIAAN
Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bawang merah dan putih hingga wangi. Masukkan cili kisar, tumis seketika. Masukkan sos cili, sos tomato dan sotong. Kacau rata dan tutup periuk.

Biarkan Udang mendidih lebih kurang 3 minit. Buka tutup periuk dan masukkan garam dan sedikit gula. Kacau hingga kuah agak pekat sedikit dan tutup api. Sedia dihidang bersama nasi.

No comments:

Post a Comment