IKAN TENGGIRI
Di Malaysia ikan tenggiri merupakan
salah satu hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di
pasaran. Bagi pemancing pula, ikan tenggiri merupakan salah satu sasaran wajib
ketika memancing di laut. Ini kerana ikan tenggiri mampu memberi perlawanan
hebat kepada pemancing. Ikan yang di gelar torpedo laut ini banyak terdapat di
perairan kita. Lambakan ikan kembung, sardin, bilis, selar dan sotong di
perairan negara kita menyebabkan ikan ini banyak terdapat di negara kita.
sebenarnya terdapat pelbagai spesis
dan terdapat diseluruh dunia. Rupanya dan saiznya hampir sama dan amat sukar
dibezakan. Di Malaysia, ikan tenggiri yang mendiami perairan laut kita ialah
dari jenis Indo-Pacific king mackerel (Scomberomorus cavalla). Ikan tenggiri
ialah spesis ikan yang bermigrasi setiap tahun. Kumpulan ikan ini akan
bermigrasi beribu-ribu kilometer sehingga lautan Atlantic, Gulf Mexico, South
China Sea, Andaman Sea, lautan Pacific semata-mata untuk mencari kumpulan ikan
sebagai sumber makanannya.
RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK SINGGANG
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan Tenggiri berat 500gm potong2
2 biji bawang besar – dimayang halus
2 ulas bawang putih – nina ketuk ajerr
1 inci kunyit hidup – nina ketuk ajerr
2 batang serai – nina ketuk pas tu hiris besar-besar
1-2 biji cili padi – ketuk jer.. Kalau suka pedas sila buh segenggam. Hahaa..
1-2 biji cili merah dan cili hijau – hiris serong
1 keping asam gelugur
2 biji tomato – belah empat
garam, gula secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
Ikan dibersihkan lalu ditoskan. Panaskan air dalam periuk dan masukkan bawang besar, bawang putih kunyit, serai dan cili padi. Rebus hingga mendidih. Kemudian masukkan asam gelugur, kacau dan biar mendidih.
Lepas tu masukkan pula ikan dan tomato bersama cili merah dan hijau. Kecilkan api. Setelah mendidih masukkan garam dan gula secukup rasa. Setelah masak boleh lah dihidangkan. Sedap makan bersama nasi panas-panas.
No comments:
Post a Comment