Wednesday, December 20, 2017

RESEPI SOTONG MASAK UNGKEP

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
  • 500gm sotong -  dibersihkan
  • 4 batang serai - ketuk
  • Air asam jawa secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

BAHAN TUMBUK
  • 2  labu bawang besar
  • 5cm kunyit hidup
  • 5cm halia
  • 2 sudu makan ketumbar* (pastikan ditumbuk lumat)
  • 2 sudu makan jintan halus*

PROSES PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk kunyit serta serai sehingga naik bau. 
  • Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil bahan tumisan digaul rata agar tidak terlalu garing.Biarkan mendidih seketika.
  • Seterusmya masukkan sotong dan air secukupnya.Didihkan sehingga sotong empuk. 
  • Akhir sekali, masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan. 

No comments:

Post a Comment