Tuesday, December 19, 2017

RESEPI SOTONG MASAK LEMAK

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK LEMAK 


BAHAN BAHAN
1 kilo sotong segar
2 cawan santan pekat - boleh tambah
1 keping asam keping
2 batang serai di titik garam secukup rasa

BAHAN DITUMBUK
3 biji cili merah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2  inci kunyit hidup
1 inci halia

PROSES MASAK
Bersihkan sotong dan di potong kecil serta ketepikan semua dulu . Tumbuk semua bahan sampai lumat. Panaskan minyak secukupnya dalam periuk kemudian tumis semua bahan tumbuk sampai wangi . Masukkan santan , serai dan asam keping.
Biarkan kuah mendidih dan masukkan semua sotong , sekali-sekala kacau supaya kuah santan tak pecah minyak . Masukkan garam secukup rasa dan biarkan sampai sotong  masak dan boleh la ditutup api dapur .


No comments:

Post a Comment