Sotong ialah
sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300
spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel
yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
- 5 ekor sotong saiz sederhana
- sedikit halia
- 5 ulas bawang putih
- daun ketumbar
- cili padi
- serai
- lobak merah/brokoli/apa-apa sayur yang sesuai
- gula & garam
PROSES PENYEDIAAN
- Hiris badan sotong sedikit dengan pisau dan bersihkan sotong.Bunag dakwat sotong
- Bawang putih tu tumbuk tak berapa halus. Sediakan satu bekas untuk mengukus, campakkan bawang putih dalam tu. Ketuk serai, campak juga dalam bekas.
- Halia potong halus masukkan sekali. Cili padi tu ketuk juga, bergantung pada masing-masing kalau nak pedas boleh letak lebih.. Lepas tu bolehlah letakkan garam dan gula secukup rasa juga sayuran tadi.
- Semua bahan tu dikukus dahulu tanpa masukkan sotong. Dan masukan juga daun ketumbar sekali
- Kukus lebih kurang 10 minit gitu, baru keluarkan pengukus tu dan masukkan sotong dalam bekas tadi. Dan kukus lagi lebih kurang 5 minit. Setelah tu dah masak boleh terus dihidang
No comments:
Post a Comment