Wednesday, December 20, 2017

RESEPI SOTONG MASAK ALA MAMAK

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

BAHAN BAHAN
  • 2 ekor sotong saiz besar
  • 1/4 cawan santan pekat - maz guna santan tin
  • 3 ulas bawang merah *
  • 1 ulas bawang putih *
  • 1/2 inci halia *
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 kayu manis, 2 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 3 bini buah pelaga (rempah 4 sekawan)
  • 2 sudu besar serbuk kari ikan/udang - bancuh dan sedikit air
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • sedikit nisan/gula melaka
  • sedikit air asam jawa
  • garam, gula dan sedikit aji jika suka
  • minyak untuk menumis secukupnya

PROSES PENYEDIAAN
  • Cuci sotong dan toskan, masukkan kepala dalam badan sotong dan cucuk dengan lidi agar tidak tercabut bila masak. Tumbuk lumat bahan bertanda *
  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis bersama daun kari, rempah 4 sekawan hingga naik bau. Masukkan serbuk kari, tumis biar pecah minyak, masukkan sedikit  air dan tumis lagi sambil dikacau biar pecah minyak lama sikit
  • Masukkan serbuk ketumbar, tumis sekejap, kemudian masukkan air asam jawa, nisan, garam, gula dan air dalam 1 cawan 
  • Masukkan sotong, sebatikan dan tutup periuk biar berwap dan sotong mesra dengan bahan rempah. Masukkan santan, masak seketika lagi biar mendidih dan suaikan secukup rasa.

No comments:

Post a Comment