Wednesday, December 20, 2017

RESEPI UDANG LIPAN MASAK CILI KERING

Udang Lipan, udang mentadak atau udang ronggeng (bahasa Inggeris:Mantis shrimp) merupakan sejenis spesies udang yang diperdagangkan. Ia merupakan sejenis spesies udang laut.

Udang lipan atau stomatopod ialah krustasea laut, ahli dalam aturan Stomatopoda. Ia bukanlah udang mahupun lipan, tetapi diberi nama menurut bentuk fizikal yang menyerupai kedua-dua haiwan darat lipan dan udang. Ia mampu mencecah 30 centimetre (12 in) panjang, sungguhpun kes luar biasa sehingga 38 cm (15 in) telah direkodkan di Hawai. Kulit luar karapas bagi udang lipan, menutup hanya bahagian belakang kepala dan tiga segment pertama toraks. Udang lipan terdapal dalam pelbagai warna, dari perang terang kepada warna kuning bata terang. Sungguhpun ia merupakan haiwan biasa dan antara pemangsa penting di kebanyakan habitat kawasan air laut tropika dan sub-tropika cetek, ia kurang difahami kerana kebanyakan spesies menghabiskan kebanyakan hayat mereka berlindung dalam sarang dan lubang.

RESEPI UDANG LIPAN MASAK CILI KERING
BAHAN BAHAN
1 Kg Udang Lipan & Mantis  diperap dengan garam dan kunyit
3 biji cili kering
6 helai daun kari
1/2 sudu kecil jintan manis (yg belum dikisar)
3 biji bawang putih ditumbuk
sedikit halia ditumbuk
sedikit air asam jawa

PROSES PENYEDIAAN
Goreng udang Lipan dan ketepikan kemudian Tumis cili kering dan ketepikan

Tumis daun kari dan jintan manis. Apabila sudah garing, masukkan bahan tumbuk dan tumis sehingga wangi selepas itu Masukkan udang dan gaul biar sebati. Kemudian masukkan air asam jawa dan sebatikannya. Masak sehingga air asam jawa menjadi pekat.


Akhir sekali masukkan cili kering yg telah digoreng td. Siap utk dihidangkan.

No comments:

Post a Comment