Thursday, December 21, 2017

RESEPI KUIH BAHULU

Kuih bahulu atau baulu merupakan sejenis makanan tradisional orang Melayu yang biasanya sangat terkenal terutamanya pada hari raya dan hari-hari keramaian. Walaupun demikian, ketika ini kuih bahulu boleh didapati di pasaraya-pasaraya pada bila-bila masa kerana sambutan yang menggalakkan.

Secara amnya kuih bahulu terdiri daripada 3 jenis iaitu kuih bahulu kecil iaitu bahulu cermai, bahulu lapis dan bahulu gulung. Bahulu lapis dan bahulu gulung agak sukar didapati di pasaraya kerana perlu ditempah daripada pembuat kuih tradisional.,

Cara membuat ketiga-tiga jenis kuih bahulu tersebut agak mudah dan memerlukan resepi yang ringkas iaitu telur, tepung gandum, gula pasir, sedikit minyak masak/minyak sapi. Bahulu lapis dan gulung ditambah jem atau kaya.

RESEPI KUIH BAHULU
BAHAN BAHAN
Tepung gandum (dalam 250g)
10 Biji Telur
400gm gula
Perasa vanilla atau perasa pisang (secukup rasa)

PROSES MASAK
1. Susun bahan-yang diperlukan pada satu tempat

2. Pecahkan 10 biji telur dan masukkan kedalam bekas mixer atau bekas batter

3. Masukkan 400g gula kedalam bekas mixer atau bekas tadi

4. Masukkan perasa vanilla atau perasa pisang secukup rasa

5. Mulakan mixer atau gaul sebatian tadi sehingga menjadi kembang dan bertukar menjadi putih (agak-agak dalam 5 minit dengan menggunakan mixer)

6. Masukkan 250g tepung gandum ke dalam mixer secara perlahan lahan setelah sebatian kembang.

7. Biarkan mixer untuk seminit dua lagi atau gaul sehingga sebatian menjadi rata.

8. Sementara membuat adunan tadi, panaskan bekas acuan untuk membuat bahulu di dalam oven. Setelah adunan siap, keluarkan bekas acuan tadi dan sapukan minyak pada bekas acuan tersebut.

9. Berhati-hati semasa ingin mengeluarkan acuan tersebut. Gunakan kain alas untuk mengeluarkan acuan tersebut kerana acuan tersebut sangat panas.

10. Masukkan adunan ke dalam bekas acuan tersebut. Jangan letak sehingga penuh kerana nanti kuih akan kembang dan akan terkeluar daripada landasannya. Orang biasa panggil 'bentat'.

11.Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 10 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.

12. Keluarkan dengan berhati-hati dan letakkan dalam bekas Selesai membuat kuih bahulu.  

No comments:

Post a Comment