Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK MASAK LEMAK

IKAN TENGGIRI
Di Malaysia ikan tenggiri merupakan salah satu hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran. Bagi pemancing pula, ikan tenggiri merupakan salah satu sasaran wajib ketika memancing di laut. Ini kerana ikan tenggiri mampu memberi perlawanan hebat kepada pemancing. Ikan yang di gelar torpedo laut ini banyak terdapat di perairan kita. Lambakan ikan kembung, sardin, bilis, selar dan sotong di perairan negara kita menyebabkan ikan ini banyak terdapat di negara kita.

sebenarnya terdapat pelbagai spesis dan terdapat diseluruh dunia. Rupanya dan saiznya hampir sama dan amat sukar dibezakan. Di Malaysia, ikan tenggiri yang mendiami perairan laut kita ialah dari jenis Indo-Pacific king mackerel (Scomberomorus cavalla). Ikan tenggiri ialah spesis ikan yang bermigrasi setiap tahun. Kumpulan ikan ini akan bermigrasi beribu-ribu kilometer sehingga lautan Atlantic, Gulf Mexico, South China Sea, Andaman Sea, lautan Pacific semata-mata untuk mencari kumpulan ikan sebagai sumber makanannya.

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK  MASAK LEMAK

BAHAN BAHAN
1 Ekor Ikan Tenggiri
20 biji cili api
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
2 batang serai (dititik)
sedikit asam keping/ air asam jawa
100ml santan pekat (tambahkan dengan air) atau 1 kotak santan adabi (jenama apa pun boleh)

PROSES PENYEDIAAN
Tumbuk cili api, bawang merah, bawang putih sampai hancur. Titik kan serai

Masukkan semua bahan yang ditumbuk/serai ke dalam periuk bersama-sama dengan santan dan juga ikan senangin. Jangan lupa masukkan asam keping.Kemudian masukkan garam dan serbuk kunyit ikut rasa

Kacau selalu jangan sampai pecah minyak, masak sehingga ikan masak boleh lah tutup kan api.

No comments:

Post a Comment