Monday, December 18, 2017

RESEPI SOTONG MASAK HITAM

SOTONG
Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.

RESEPI SOTONG MASAK HITAM


BAHAN BAHAN
500gm sotong jangan buang dakwat sotong
Bawang Besar ( Hiris )
Cili Merah ( Hiris )
kunyit
garam
Air Asam Jawa ( Kalau pekat lagi bagus )
Minyak

BAHAN KISAR
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
4 tangkai cili hijau

PROSES MASAK
Sotong di cuci terlebih dahulu, dan di toskan airnya. Dibiarkan air tersebut di toskan sehabis mungkin, Kalau boleh, sotong tersebut di buang tulang sahaja, jangan buang dakwat hitam tu.

Bahan kisar tadi disatukan bersama, kunyit, garam dan digaul rata, biar perap selama 15 minit, supaya rempah tersebut dapat meresap dalam sotong tu nanti 

Panaskan minyak, tumis sotong tadi, dan dibiarkan seketika, di gaul rata. Masukkan air perahan asam jawa, dan biarkan selama 5 minit, dan di tutup api, tabur bawang besar dan cili dihiris tadi, dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidang.

No comments:

Post a Comment