Telur ikan ialah
telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar
bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut.
Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam
kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut,
seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid
lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang
digunakan untuk menghasilkan kaviar.
RESEPI TELUR MAYONG MASAK LEMAK CILI
API
BAHAN
BAHAN
500gm telur ikan
mayong
Santan secukupnya
5 ulas bawang
merah*
2 ulas bawang
putih*
1 inci halia
1/2 inci kunyit
hidup*
15 biji cili api*
asam keping
garam secukup rasa
PROSES MASAK
Tumbuk kunyit dan
cili api sampai lumat. Bawang boleh jadi sebagai pilihan untuk dimasukkan
sekali atau tidak.
Masukkan semua
bahan dalam kuali. Masak dengan api perlahan, sentiasa kacau agar santan tidak
pecah.
Tambahkan garam
secukup rasa. Biar hingga telur ikan masak
(tambah hirisan cili, tomato, belimbing buluh dan sebagainya jika suka)
No comments:
Post a Comment