Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK LADA HITAM

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK LADA HITAM
BAHAN BAHAN
4 ekor ikan bawal- sederhana besar- guna ikan lain pun boleh
1 btng serai- di titik
Daun saderi/sup- dihiris halus
1 sudu besar lada hitam-tumbuk, saya guna yg dah kisar kasar
2 sudu besar asam jawa-bancuh bersama 1/2 cwn air
2 sudu besar kicap jalen manis
Garam dan sedikit gula
Sedikit kunyit serbuk utk goreng ikan
Minyak secukupnya
1 cawan air atau secukupnya

BAHAN DI HIRIS
2 tangkai cili merah
2 tangkai cili hijau
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
2 cm halia

PROSES MASAK
Siang ikan, kelar permukaannya, cuci bersih dan toskan. Gaul ikan bawal bersama garam dan serbuk kunyit. Goreng hingga  masak. Angkat, toskan dan ketepikan dulu.

Tinggalkan sedikit minyak dlm kuali dan tumis bahan yg di hiris tadi, masukkan juga serai yg diketuk tadi. Tumis hingga naik bau. Setelah wangi, masukkan air asam jawa. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Tambahkan sedikit air lagi jika perlu


Masukkan ikan yg telah di goreng tadi dan gaul sebentar. Perasakan...sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan hidangkan.Taburkan bersama daun sup yg dihiris halus. Sedap di makan bersama nasi putih panas.

No comments:

Post a Comment