UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK TOMYAM
BAHAN BAHAN
400 gm udang galah
1 inci lengkuas
1 labu bawang besar
1 biji tomato - di belah 4
2 batang serai
3 helai daun limau purut
10 biji cili padi
1 tangkai daun ketumbar
2 sudu besar jus lemon / limau nipis
6 sudu besar sos ikan
2 sudu teh garam
2 sudu besar pes tomyam
2 sudu teh pes cili
2 sudu besar susu pekat manis
Air secukupnya
PROSES PENYEDIAAN
Cuci bersih udang dan belah belakang serta
buang kotoran.
lengkuas diketuk bersama serai untuk
mengeluarkan aromanya. Masukkan air dalam periuk dan nyalakan api dapur. Bila
air mendidih, masukkan lengkuas, serai, daun limau purut, garam dan pes tomyam
dan renihkan sebentar.
Masukkan udang dan renih lagi dalam 2 minit.
Ketuk cili padi dan masukkan ke dalam kuah tadi. Masukkan juga sos ikan, jus
lemon, pes cili, bawang holland, tomato dan susu pekat manis.
Matikan api dan masukkan daun ketumbar.
Hidangkan dengan nasi panas.
No comments:
Post a Comment