Friday, December 22, 2017

RESEPI KUIH TALAM COKLAT

Kuih talam bukanlah jenis kuih yang khusus, tetapi biasanya merujuk kepada cara pembuatan jenis kuih yang dibuat di dalam bekas talam. Ia merangkumi beberapa jenis kuih seperti Bengkang ubi, kuih lapis, Kuih Seri Muka dan pelbagai lagi.

Biasanya kuih talam ini tidak memiliki bentuk khusus kerana ia mengikuti bentuk talam, samaada bulat, segi empat sama atau segi empat tepat. Selepas kuih masak, barulah ia dipotong mengikut saiz hidangan. Secara kasarnya, saiz hidangan bergantung pada yang memotongnya.

Kuih lapis dipotong berbentuk segi empat sama dan segi empat tepat Kuih lapis dipotong berbentuk segi tiga dan bulat. Sekiranya ia dibuat untuk dihidangkan seperti dihotel-hotel, ia dipotong kecil saiz sesuap mulut. Ini bagi memudahkan ia dimakan. Sekiranya ia untuk dijual dikedai, ia mungkin bersaiz lebih besar sedikit bagi menarik minat pembeli yang mungkin akan memilik gerai pesaing sekiranya saiz jualan lebih kecil berbanding kuih pesaing.

RESEPI KUIH TALAM COKLAT
BAHAN BAHAN LAPISAN ATAS 1& 2
1 1/2 cwn tepung beras
1/4 cwn tepung jagung
1/2 cwn tepung kastard
1 cwn gula
1 cawan santan pekat
2 1/2 cawan air
2 biji telur-pukul sikit
1 sudu kecil esen vanilla warna kuning dan hijau
secubit garam

CARA MENYEDIAKAN ATAS
Satukan kesemua jenis tepung dlm mangkuk. Masukkan sedikit garam, gula, telur dan santan.

Gaul sebati dan tapiskan. Masukkan ke dlm periuk dan masak diatas api sederhana sehingga naik wap. Sentiasalah di kacau guna whisk supaya tak berketul ketul . Alaskan loyang dngn plastik dan sapukan sedikit minyak. Tuang adunan tadi dan kukus selama 20 minit.

Setiap 10 buka penutup kukus dan lapkan air yg terdapat di penutup kukus. Tutup semula dan kukus lagi selama 10 minit.(utk mengelakkan air bertakung di permukaan kuih..)

BAHAN UTK LAPISAN BAWAH
1 cwn santan pekat
2 cwn air
1 cwn tepung gandum
1/4 cwn tepung jagung
3 biji telur
1 cwn gula pasir
secubit garam
1 sudu besar serbuk koko- bancuh dngn 4 sudu besar air suam
1 sudu kecil coklat emulco

CARA MENYEDIAKAN LAPISAN ATAS
Masukkan kesemua bahan dlm mangkuk kecuali coklat emulco dan serbuk koko.. Gaul sebati, nak mudah blend kesemuanya.

Masukkan adunan ke dlm periuk dan masak hingga naik wap, guna api kecil Cakarkan sedikit permukaan bawah tadi dan tuangkan adunan coklat ke atas lapisan vanilla tadi dan kukus selama 20 minit.


kukus 10 minit dan buka penutup kukus, lapkan air yg terdapat pada penutup kukus dan kukus lagi selama 10 minit

No comments:

Post a Comment