Sotong ialah
sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300
spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel
yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
- 300gm sotong – potong cincin
- 1 ulas bawang besar merah – dihiris nipis
- 2 batang serai – dihiris halus
- 5 biji cili api – diketuk dan cincang kasar
- 3 sudu besar sos ikan
- 1 ½ biji limau nipis – ambil jus nyer
- Sedikit daun ketumbar – dihiris
- Gula secukup rasa
- Garam secukup rasa
PROSES PENYEDIAAN
- Sotong direbus dahulu hingga masak. Ketepikan. Bancuh gula, sos ikan dan garam terlebih dahulu.
- Kemudian masuk semua bahan lain termasuk sotong. Perah limau nipis.
- Gaul rata dan rasa supaya dapat masam, manis dan masin mengikut selera. Siap
No comments:
Post a Comment