Wednesday, December 20, 2017

RESEPI KETUPAT SOTONG

Sotong ialah sejenis haiwan laut dalam order Teuthida, yang mengandungi kira-kira 300 spesies. Sotong bertulang satu dan mempunyai lapan lengan serta dua tentakel yang biasanya lebih panjang.
BAHAN BAHAN
  • 500gm sotong (sederhana besar) - dibuang kulitnya
  • 100 gram beras pulut - direndam dengan 2 cawan santan selama 1 jam
  • 2 cawan santan pekat - untuk kuah
  • Sedikit halba
  • 1 cm halia - dimayang
  • 3 ulas bawang merah - dimayang
  • Gula, garam dan perasa.
  • lidi yang mencukupi

PROSES PENYEDIAAN
  • Tanak beras pulut yang telah direndam bersama santan sehingga masak dan biarkan sejuk. 
  • Dan selepas itu masukkan beras pulut 3/4 ke dalam sotong dan sematkan dengan lidi dihujung kepala sotong. Ketepikan.
  • Masukkan bawang, halba, halia,garam dan gula serta santan pekat dalam periuk.
  • Kemudian,masukkan sotong dan kacau atas api yang sederhana sehingga sotong masak. Sedia untuk dihidang.

No comments:

Post a Comment