Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan
yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4
suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan
pemangsa
Belut tinggal di
dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan
air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m
bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.
BAHAN BAHAN
500 gramikan belut potong memanjang dan bersihkan
1 batang serai, diketuk
1 biji bawang besar, hiris nipis
2 senduk minyak masak
1 sudu besar sos tiram
1/2 cawan air asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN UNTUK CILI KISAR:
15-18 biji cili kering, dipotong, buang biji dan rebus
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris nipis
1 inci halia
1 biji bawang besar
PROSES MASAK
Gaulkan belut dengan kunyit dan garam Panaskan minyak dan goreng sotong sehingga 3/4 masak. Angkat dan toskan.
Jika ada lebihan minyak tuangkan di dalam bekas. Dengan menggunakan minyak yang sama tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
Kemudian perahkan limau nipis dan masukkan sedikit serbuk pati ikan bilis Maggi secukupnya. Masukkan pula belut yang telah digoreng dan juga bawang besar. Gaulkan seketika sehingga belut masak sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment