Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK BERLADA

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK BERLADA
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan bawal bersaiz sederhana
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 biji Cili Hijau
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan


PROSES MASAK
Lumurkan ikan dengan campuran garam dan kunyit tadi hingga rata. Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat,. Angkat dan toskan.

Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau kisar tadi hingga harum.


Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.  Kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan ikan goreng dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.  boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment