Ketam adalah
krustasia decapod dari infraorder Brachyura, dimana biasanya mempunyai
"ekor" yang amat pendek (Greek: brachy = pendek, ura = ekor), atau di
mana abdomennya adalah seluruhnya tersembunyi di bawah thoraks. Mereka umumnya
diliputi dengan satu cengkerang eksoskeleton tebal, dan dilengkapi dengan
sepasang kuku chelae).
Ketam dijumpai di
semua lautan dunia; terdapat juga banyak ketam air tawar dan haiwan terestrial,
khususnya di rantau tropikal. Ketam berbeza dalam saiz dari ketam pea, hanya
sedikit milimeter luas, kepada ketam lelabah Jepun, dengan kaki yang mencecah
hingga 4 m.
RESEPI MAGGI KETAM
1 ekor ketam
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 Ulas BawangMerah
½ Buah Tomato
1 Biji Limau Nipis
1 Biji Telur ayam
Gula dan garam
Minyak untuk
menumis
PROSES PENYEDIAAN
Mula-mula tu ketam
direbus dulu. Sambil tunggu ketam masak tu, boleh lee potong bawang besar dan
bawang putih tu ketuk je dengan belakang pisau.
Ketam tadi direbus
sehingga mendidih dan sampai masak isinya.
Bawang putih
ditumis sehingga kekuningan. Kemudian masukkan air rebusan ketam dan
ketam-ketam sekali ke dalam kuali. Apabila airnya dah mendidih masukkan
perencah maggi ke dalam kuali.
Kemudian masukkan
sebiji telur dan biarkan sehingga masakBiarkan ia mendidih lama sedikit...
takut-takut ketam tu tak masak.
Kemudian boleh masukkan
maggi dan tunggulah sehingga masak. Tapi ingat jangan terlalu lama kerana takut
maggi menjadi terlalu lembik.
No comments:
Post a Comment