Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA

IKAN TENGGIRI
Di Malaysia ikan tenggiri merupakan salah satu hidangan istimewa serta mempunyai nilai harga yang tinggi di pasaran. Bagi pemancing pula, ikan tenggiri merupakan salah satu sasaran wajib ketika memancing di laut. Ini kerana ikan tenggiri mampu memberi perlawanan hebat kepada pemancing. Ikan yang di gelar torpedo laut ini banyak terdapat di perairan kita. Lambakan ikan kembung, sardin, bilis, selar dan sotong di perairan negara kita menyebabkan ikan ini banyak terdapat di negara kita.

sebenarnya terdapat pelbagai spesis dan terdapat diseluruh dunia. Rupanya dan saiznya hampir sama dan amat sukar dibezakan. Di Malaysia, ikan tenggiri yang mendiami perairan laut kita ialah dari jenis Indo-Pacific king mackerel (Scomberomorus cavalla). Ikan tenggiri ialah spesis ikan yang bermigrasi setiap tahun. Kumpulan ikan ini akan bermigrasi beribu-ribu kilometer sehingga lautan Atlantic, Gulf Mexico, South China Sea, Andaman Sea, lautan Pacific semata-mata untuk mencari kumpulan ikan sebagai sumber makanannya.

RESEPI IKAN TENGGIRI MASAK CUKA


BAHAN BAHAN
1 ekor ikan Tenggiri potong bulat
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 labu bawang besar - Hiris
2 ulas bawang putih - dihiris
1'2 in halia - dihiris
2 biji cili merah  - dihiris serong
10 biji cili padi
1/2 sudu kecil biji sawi
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
400ml air
3 sudu besar cuka
 garam dan gula secukup rasa

PROSES MASAK
Goreng ikan yg telah dilumurkan garam dan serbuk kunyit hingga masak dan sedikit garing. Ketepikan. Buangkan minyak dan tinggal lebih kurang 3 sudu besar sahaja dan tumis bawang merah, bawang putih dan halia hingga terbit bau.

Masukkan cili merah, cili padi, biji sawi dan serbuk kunyit. Goreng seketika.Masukkan air dan cuka dan biarkan hingga mendidih.

Masukkan garam dan gula, lobak merah dan ikan yg telah digoreng tadi.Biarkan mereneh sekejap (supaya rasa masam2 kuah meresap pd isi ikan. Masak seketika kemudian bolehlah dihidangkan.

No comments:

Post a Comment