Ikan Haruan ialah
sejenis ikan air tawar jenis karnivor. Ia merupakan spesies asli hutan hujan
tropika boleh hidup dalam air payau dan biasa didapati di negara-negara rantau
Asia Tenggara. Ia terbahagi kepada dua jenis iaitu bersaiz besar dinamakan Ikan
Toman (Channa melanostoma) dan yang kecil ikan haruan (Channa striatus).
Terdapat 30 spesies
ikan haruan di dunia dengan lapan jenis terdapat di Sarawak, dua di Sabah dan
empat di Semenanjung Malaysia. Ikan Toman, Bujuk dan Haruan adalah dalam satu
keluarga tetapi berlainan spesies.
Ikan Haruan dewasa
menunjukkan perlakuan monogami selain mempunyai daya penguasaan wilayah yang
cukup kukuh. Ikan Haruan boleh hidup dalam air yang bertakung, bergerak
perlahan, cetek dan berlumpur. Bagaimanapun, kebiasaannya Haruan boleh didapati
di kolam, sungai, tasik, terusan pertanian, sawah dan muara sungai. Berat
kebiasaannya ikan Haruan hanyalah sekitar satu kilogram.
RESEPI IKAN HARUAN MASAK SUP
1 ekor ikan haruan atau berat 500gm (potong kecil dan bersihkan bersama asam limau)
5 ulas bawang merah (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
3 inci halia (hiris)
lada hitam dan lada putih tumbuk (ikut citarasa)
3 batang akar ketumbar (ketuk)
2 sup bunjut
1 batang kayu manis
3 kuntum bunga lawang
7 kuntum cengkih
air secukupnya untuk kuah
daun sup, daun bawang,
jus limau
3 tangkai cili api (ketuk)
1 biji tomato (hiris)
garam dan perasa secukupnya
sedikit minyak untuk menumis
PROSES MASAK
Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan bahan hiris sehingga wangi.
Tambahkan secukupnya air dan sup bunjut. Setelah mendidih, masukkan ikan haruan dan bahan-bahan lain. Rasa asam garamnya. Sedia dihidangkan.
No comments:
Post a Comment