Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK STIM LIMAU

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.

Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK STIM LIMAU
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan Bawal emas - bersihkan
3 ikat serai - mayang halus-halus
2 biji cili merah besar - mayang halus
3cm halia muda - mayang halus
1 labu bawang putih - mayang halus
2 ulas bawang merah - mayang halus
2 biji tomato - dipotong bulat
1 batang lobak merah -dipotong bulat-bulat
1 biji Limau nipis - hiris bulat
2 sudu sos tiram
garam, gula  garam dan gula secukup rasa

PROSES MASAK
Panaskan pengukus. Bahagi 2 kesemua bahan , untuk diletakkan dibahagian bawah ikan dan atas ikan

Kukus / stim ikan sehingga masak. Lebih kurang 10 - 15 minit

Sedia untuk dihidangkan

No comments:

Post a Comment