Sunday, December 17, 2017

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP

IKAN BAWAL
Ikan Bawal (Bramidae) merupakan satu famili ikan dalam susunan Perciformes. Secara amnya ikan Bawal terbahagi kepada dua jenis iaitu bawal putih dan hitam. Ikan bawal putih dikatakan lebih tinggi permintaannya berbanding yang bawal hitam. Ikan Bawal banyak terdapat di Lautan Hindi selain Afrika, Malaysia dan Jepun.


Ikan Bawal hidup dan berenang secara berkumpulan. Biasanya pada musim tertentu bawal cermin boleh didapati dengan banyak. Ia juga dikatakan sering didapati beriringan dengan udang di dasar laut. Pergerakan spesies bawal dalam berkawan menjadikannya sebagai tangkapan yang sesuai dengan menggunakan pukat. Bagaimanapun ia boleh ditangkap menggunakan pancing dan rawai.

RESEPI IKAN BAWAL MASAK KICAP

BAHAN BAHAN
2 ekor ikan Bawal sederhana saiz
1 ulas bawang putih - ketuk
1/2 labu bawang besar - hiris
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
1/2 biji tomato - hiris
sedikit lada bengala @ cili hijau
kicap manis secukupnya
sedikit garam, gula dan aji jika suka
sedikit minyak untuk menumis

PROSES PENYEDIAAN
Lumur ikan dengan sedikit garam kunyit. Panaskan minyak untuk mengoreng secukupnya, goreng ikan seperti biasa hingga garing dikedua bahagian, angkat ketepikan.

Dengan kuali lain, panaskan minyak Masak, masukkan bawang putih kemudian masukkan kicap dan semua jenis sos. Masukkan sedikit air, lada bengala/cili hijau, bawang besar, tomato dan perasa secukup rasa.


Masak biar mendidih sekejap, kemudian boleh la dituang atas ikan goreng tadi

No comments:

Post a Comment