Sunday, December 17, 2017

RESEPI UDANG GALAH MASAK SAMBAL

UDANG GALAH
Terdapat  lebih  daripada 100 spesis udang  air  tawar dari Genus Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh dijumpai  secara asli di  perairan  yang mempunyai hubungan  dengan  laut seperti sungai dan  juga di kawasan muara  sungai. Ia tidak terdapat di perairan yang  terkepung seperti tasik, lombong dan paya tetapi beberapa spesis  lain seperti  udang  gantung boleh dijumpai di  perairan  seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan  kawasan  air payau  untuk pembiakkan   seperti  Udang Galah tetapi  ada   sebahagian daripadanya seperti udang gantung yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang  jernih dan ada juga yang suka mendiami kawasan berair keruh seperti Udang Galah.

RESEPI  UDANG GALAH MASAK SAMBAL

BAHAN BAHAN
400gm Udang Galah 
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
1 biji bawang besar, hiris bulat dan leraikan
1/2 inci lengkuas, dititik
1/2 cawan jus asam jawa
2 senduk nasi cili kisar
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan
Sedikit kunyit hidup

PROSES PENYEDIAAN
Goreng udang Galah tadi, tapi jangan sampai garing, biar lembap2 sedikit. Angkat dan toskan. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar halus dan lengkuas titik hingga harum, masukkan cili kisar dan tumis hingga cili garing.

Masukkan jus asam jawa, kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukupnya. Bila pekat, masukkan bawang besar dan Udang Galah. Gaul rata dan masak hingga sedikit kering. hidangkan.

No comments:

Post a Comment