Wednesday, December 20, 2017

RESEPI BELUT MASAK PEDAS

BELUT
Belut (Anguilliformes) merupakan sejenis order ikan yang mempunyai badan panjang tanpa anggota tangan atau kaki. Terdapat 4 suborder, 19 famili, 110 genus dan 400 spesies belut. Kebanyakannya merupakan pemangsa

Belut tinggal di dalam air, kebanyakannya di laut. Cuma famili Anguillidae tinggal di kawasan air tawar. Sesetengah belut suka bersempunyi di dasar laut (sehingga 4000 m bagi famili Synaphobranchidae), manakala yang lain rajin berenang.

RESEPI BELUT MASAK PEDAS



BAHAN BAHAN
500gm belut  yang telah dibersihkan
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 biji Cili Hijau
15 Biji Cili Padi
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan


PROSES MASAK

Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau kisar tadi hingga harum.


Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.  Kacau rata dan masak hingga pekat. Masukkan Ikan Belut  dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap.  boleh matikan api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.

No comments:

Post a Comment