Telur ikan ialah
telur dalaman yang matang dalam ovari, atau dilepaskan sebagai telur di luar
bagi ikan dan sesetengah haiwan marin seperti udang, kekapis dan landak laut.
Sebagai makanan laut, telur ikan digunakan sebagai bahan masakan dalam
kebanyakan juadah mahupun dimakan secara mentah. Telur bagi haiwan laut,
seperti ikan lumpsucker, hake dan salmon, merupakan sumber terbaik bagi asid
lemak omega-3. Telur ikan sturgeon atau ikan lain merupakan produk yang
digunakan untuk menghasilkan kaviar.
RESEPI ASAM PEDAS TELUR
IKAN MAYONG
BAHAN
BAHAN
400 gram telur ikan
Mayong
1 genggam daun kesum
2 kuntum bunga
kantan
1/2 cawan jus asam
jawa
1/2 cawan cili
kisar
1 camca teh lada
hitam, tumbuk halus
Garam dan gula
secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN KISAR
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit
hidup
PROSES MASAK
Telur ikan dicuci
dan dibersihkan Bunga kantan dibelah dua
setiap satu. Ketepikan.
Panaskan minyak
dalam periuk tumis bahan kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar dan
masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau sentiasa.
Tuang sedikit air kacau
dan biarkan mendidih. Masukkan jus asam jawa, telur ikan, bunga kantan dan daun
kesom, kacau perlahan dan biarkan mendidih.
Tambah lada hitam
tumbuk, garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau perlahan dan masak dengan
api sederhana hingga terung lembut. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
No comments:
Post a Comment