IKAN GERUT
GERUT-GERUT ialah sejenis ikan yang
bernilai dari segi komersial – terutamanya di Australia kerana ukuran ikan di
sana besar-besar belaka – kerana rasanya yang lemak manis dan boleh dimasak
dalam apa cara sekalipun; kari, asam pedas, pindang, lemak cili padi, dikukus
atau dibakar dengan pelbagai jenis rempah dan bumbu dan sebagainya.
Lagipun susuk dan warna
keperak-perakannya yang berkilau itu menonjolkan keberadaannya di samping
ikan-ikan lain yang dipamerkan oleh penjual. Oleh itu, harganya pun agak
tinggi.
Bunyi ‘geruuut’ atau ‘keruuut’ ini
terbit daripada tabiat gerut-gerut menggerit gigi-giginya yang berada di dasar
tekak. Pundi-pundi angin yang berdekatan, yang berfungsi sebagai kotak suara,
pula menguatkan lagi bunyi itu. Tabiat ini serupa dengan perlakuan ikan gelama
(croaker) jantan yang ‘mengeruk’ seperti katak dek pengecutan pundi-pundi
anginnya ketika ia diganggu, ditangkap atau dipancing. (Cerita ikan gelama ini
– gelama pisang – sudah disiarkan dalam keluaran BH, 14 Mei lalu.)
RESEPI IKAN GERUT MASAK BERLADA
BAHAN BAHAN
1 ekor ikan Gerut bersaiz sederhana
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul
rata2)
3 biji cili merah
10 biji cili padi
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk
hiasan
PROSES MASAK
Lumurkan ikan dengan campuran garam
dan kunyit tadi hingga rata. Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat,.
Angkat dan toskan.
Tumbuk hancur cili merah, bawang
putih, bawang besar dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut.
Ketepikan. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur atau
kisar tadi hingga harum.
Masukkan garam secukup rasa dan
sedikit gula. Kacau rata dan masak
hingga pekat. Masukkan ikan goreng dan gaul rata-rata. Tuang jus limau kasturi,
kacau dan masak sekejap. boleh matikan
api. Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
No comments:
Post a Comment