UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK SOS
BAHAN BAHAN |
400gm Udang Galah
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
setengah inci halia
serai
cili besar merah dan hijau
cili padi (kalau nak pedas)
sos tomato
sos cili
1 Biji Tomato
garam
PROSES MASAK
Lumur Udang Galah dengan serbuk kunyit dan garam..lepas tu gorengkan .jangan sampai garing..buat setengah masak.ketepikan potong bawang merah,bawang putih, halia, cili besar merah dan hijau dan cili padi. serai diketuk
Tumis bahan-bahan potongan tadi dan serai..tumis sehingga naik bau. bubuh sos tomato tiga sudu besar, mesti guna sos tomato dan sos cili satu setengah sudu besar untuk memekatkan kuah. bubuh sedikit garam
lepas tu, bubuh sedikit air sehingga masak mengelegak. masukkan ikan yang digoreng tadi ke dalam air yang mengelegak tu. Biarkan sementara.dah nampak kuah pekat bubuh tomato. siap untuk dihidang..
No comments:
Post a Comment