UDANG GALAH
Terdapat lebih
daripada 100 spesis udang
air tawar dari Genus
Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh
dijumpai secara asli di perairan
yang mempunyai hubungan
dengan laut seperti sungai
dan juga di kawasan muara sungai. Ia tidak terdapat di perairan
yang terkepung seperti tasik, lombong
dan paya tetapi beberapa spesis lain
seperti udang gantung boleh dijumpai di perairan
seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan
kawasan air payau untuk pembiakkan seperti
Udang Galah tetapi ada sebahagian daripadanya seperti udang gantung
yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang jernih dan ada juga yang suka mendiami
kawasan berair keruh seperti Udang Galah.
RESEPI UDANG GALAH MASAK RENDANG
BAHAN BAHAN
500gm udang galah
2 helai daun kunyit - dihiris halus
4 helai daun limau purut
2 keping asam keping / asam gelugor
4 sudu besar kerisik
Santan secukupnya
4 sudu besar cili kisar
Garam & gula secukupnya
BAHAN KISAR
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
4 batang serai
1 inci kunyit hidup
3 inci halia
1 inci lengkuas
PROSES PENYEDIAAN
Udang dibersihkan.Ketepikan seketika udang.
Kisarkan semua bahan-bahan kisar hingga halus.
Panaskan minyak dalam kuali . Tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar dan cili boh pecah minyak.
Tambahkan santan, asam keping, daun limau
purut, kerisik, garam dan gula secukup
rasa. Masakkan kesemuanya dengan api sederhana. Bila sudah mendidih masukkan
udang. Kacau hingga sebati semuanya. Akhir sekali taburkan hirisan daun kunyit.
Rasa dan masak hingga kuah agak pekat.. hidangkan
No comments:
Post a Comment