Sunday, December 17, 2017

RESEPI UDANG GALAH MASAK MERAH

UDANG GALAH
Terdapat  lebih  daripada 100 spesis udang  air  tawar dari Genus Macrobrachium di seluruh dunia. Namun begitu , Udang Galah hanya boleh dijumpai  secara asli di  perairan  yang mempunyai hubungan  dengan  laut seperti sungai dan  juga di kawasan muara  sungai. Ia tidak terdapat di perairan yang  terkepung seperti tasik, lombong dan paya tetapi beberapa spesis  lain seperti  udang  gantung boleh dijumpai di  perairan  seperti itu. Kebanyakkannya memerlukan  kawasan  air payau  untuk pembiakkan   seperti  Udang Galah tetapi  ada   sebahagian daripadanya seperti udang gantung yang boleh membiak dalam air tawar. Beberapa spesis lebih suka kepada air yang  jernih dan ada juga yang suka mendiami kawasan berair keruh seperti Udang Galah.

RESEPI  UDANG GALAH MASAK MERAH 

BAHAN BAHAN
300gm Udang Galah
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
cili kisar - ikut suka hati jika mahu pedas
sos cili kimball
air asam jawa
garam
gula

PROSES PENYEDIAAN
Goreng Udang terlebih dahulu. Kisar bawang merah, bawang putih, halia dan cili dan tumiskan hingga naik bau.


Masukkan sedikit air dan sos cili kimball. Masukkan juga air asam jawa, garam dan gula hingga cukup rasa. Masukkan bawang yang dipotong2 dan tomato untuk hiasan.

Masukkan Udang Galah  yang telah digoreng dan kacau dan angkat. Taburkan daun sup yang dipotong panjang2 sebagai hiasan. Sedia dihidang.

No comments:

Post a Comment